Isnin, 29 Jun 2009

Satu Coretan.............


Keningau dulunya merupakan sebuah bandar penempatan awal British di bahagian pendalaman Sabah. Mendapat nama dari Pokok Koningau (kayu manis) sekarang pembangunan menjadi bertambah pesat. Orang kata dulu tak pernah jam, tapi sekarang boleh tahan..... kalau tak kena masa maka alamat terperangkaplah dalam kesesakan lalulintas. Bangsa utamanya ialah Dusun, hampir 80 % dari penduduknya.


Dari segi kemudahan, tidaklah teruk sangat jika dibandingkan dengan Tambunan atau Tenom bandar yang berhampiran dengannya. Perumahan di Keningau dalam proses pembangunan yang amat rancak. Sekolah menengah yang terbaik dan agak moden terletak bersebelahan dengan Hospital Besar Daerah Keningau. Maktab Perguruan Keningau pun ada walaupun terletak agak jauh sikit dari bandar Keningau. Sekolah rendah pun banyak juga.... aku tengah - tengah risik juga nih, sekolah mana agaknya anak lelakiku akan dapat.
Masjid utama ada dua satu di bandar dan satu lagi Masjid Taqwa. Dari segi perhubungan ia dihubungi oleh Jalan Kimanis yang agak berbukit dan menggerunkan ( paling dekat menuju ke bandar KK - orang kata boleh sampai KK dalam masa1 1/2 jam, tapi aku tak pernah drive ikut jalan ini - ia menggerunkan. Lagi satu jalan ialah ikut Tambunan ( paling sedap) makan masa 2 1/2 jam untuk sampai ke KK.
Pasaraya boleh tahan juga di Keningau tapi takdelah Tesco, Jaya Jusco, Giant atau Carefour, mungkin tak ramai sanggup tanggung rsiko nak buka pasaraya besar di sini. Tapi dengar cite, Giant dah mula berani nak menapak di sini....tunggu sajelah.
Penduduk semenanjung di Keningau kebanyakannya guru..... hinggakan aku yang baru pindah ke sini sering digelar Cikgu walaupun bukan Cikgu...ha ha takpelah itu hak diaorang nak panggil.. Tapi yang pasti kehidupan di sini tidak banyak membuang wang ke kantung tol......boleh safe lah sikit berbanding tempat aku dulu di Puchong Selangor.
Yang pasti anak aku yang 2 orang dalam gambar tu berpeluang juga membesar di sabah ( kawasan pendalaman pulak tu).... paling lama aku target 5 tahun.... tapi kalau ada rezeki ke mana pulak lepas ni..... KITA TUNGGU walaupun orang kata PENANTIAN ITU SATU PENYIKSAAN....................................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan