Ahad, 7 Jun 2009

kOMUNITI HOSPITAL - SESUATU YANG UNIK

Pernahkah kita mengunjungi hospital. Kita mungkin terbayang di sana masyarakatnya dikelilingi oleh individu berpakaian putih, dipenuhi dengan ubat dan bau ubat, dibayangi oleh jarum penyuntik dan dihiasi dengan bunyi siren ambulan. Jika itulah yang diketahui anda, anda sebenarnya silap.
Komuniti hospital ada pelbagai latar akademik dan pelanggannya tidak seperti setting jabatan/badan yang lain. Pelanggan utamanya ialah pesakit dan keluarga pesakit. Ia tidak sama seperti Jabatan Kastam, Jabatan Imigresen, Institusi Pendidikan baik dari segi corak kerja, misi atau visi. Dengan mempunyai pelanggan utamanya yang merupakan pesakit, anggota hospital perlu mempunyai personaliti penyayang, mindanya anggota perlu serasi dengan kehendak pesakit, jiwanya juga perlu menyelami masalah yang dialami pesakit dan lengok bahasanya juga perlu seiring dengan kehendak pelanggannya yang utama iaitu seorang pesakit. Jika pesakit itu puas dengan layanan dan khidmat yang diperolehinya dari anggota hospital, secara terus pesakit tersebut akan meletakkan sepenuh kepercayaan kepada anggota hospital yang memberi rawatan kepadanya.
Ramai orang mungkin mengenali doktor/pakar, tetapi tidak semua pelanggan iaitu pesakit mengenali bidang tugas jururawat dan lain - lain anggota sokongan dari lain - lain jabatan. Tugas doktor dalam melayani pesakit tidak akan sempurna tanpa dokongan dan sokongan dari petugas di makmal. Ia tidak terhenti setakat itu. Layanan kepada pesakit tidak sempurna jika petugas lain seperti Ahli Farmasi, Pegawai Dietetik, anggota dari Unit Kejuruteraan dan anggota pentadbiran masing - masing memainkan peranan utama. Mereka saling bekerjasama walaupun dari kategori gred yang berbeza. Ada dari gred UD dan U (Perubatan & Kesihatan), C (Sains), M (Tadbir dan Diplomatik), W (Akauntan), N (Pentadbiran) dan lain - lain jenis gred. Kesmeua mereka berkerjasama dalam satu pasukan demi memuaskan kehendak pesakit yang tinggi itu.
Pesakit sebagai pelanggan utama, selalunya mahukan 100% kesempurnaan dari anggota hospital yang memberi khidmat kepadanya. Ini kerana anggota hospital berdepan dengan nyawa manusia. Memang ajal maut di tangan Tuhan, tetapi sebelum maut / nyawa manusia diragut , rawatan ke atas pesakit perlulah diberi dengan tahap kepuasan yang maksima. Peralatan di hospital perlulah tip top, tahap kepakaran dan kemahiran anggotanya juga perlu tip top serta layanan dari segi komunikasi juga perlu cemerlang. Oleh itu, memang tepatlah sekali moto yang digunakan oleh anggota hospital iaitu 'PENYAYANG, BEKERJA BERPASUKAN DAN PROFESONALISME'
Apa yang ingin disampaikan dalam tulisan ini ialah anggota hospital memang bekerja dalam tekanan dan tahap tekanan ini berbeza-beza antara kategori jawatan. Walaupun berbeza tekanan bidang tugas mereka tetap berdepan dengan nyawa pesakit, nyawa pesakit dan nyawa pesakit. Tertekan tetapi sangat murni sebab melayani karenah pesakit.
Kepada semua anggota hospital, jasa bakti anda semua tiada tolok bandingnya. Kerelaan dan ketinggian komitmen anda dalam memberi khidmat kepada pesakit amat dihargai. Semua anggota mempunyai peranan masing - masing. Apa yang perlu diingati ialah tanpa pesakit siapalah kita....... kita mungkin bergaji tetapi statusnya buta. Tetapi jika tiada pesakit, anggota hospital tetap menunggu kehadiran pesakit yang akan datang secara tiba - tiba malam atau siang, baik yang masih ada atau telah meninggal dunia. Walau di mana anda berada, anggota hospital tetap boleh berbangga kerana keunikan pelanggannya iaitu seorang pesakit di mana persoalan menyelamatkan nyawa adalah agenda paling utama.
Oleh itu anggota atau komuniti hospital tetap merupakan petugas paling penting dalam mencorakkan agenda sesebuah negara. Perlu diingat, kemajuan negara tidak akan ke mana, jika komuniti di dalamnya sakit dan tidak berupaya bertindak dengan baik kerana fikiran, jiwa dan fizikalnya sakit. Dengan kudrat anggota hospital dalam memberi rawatan kepada pesakit yang datang dari pelbagai ragam dan latar itu, maka akan terbentuklah masyarakat yang sihat. RAKYAT SIHAT, NEGARA TERBILANG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan