Data dari kajian oleh KKM telah menunjukkan bahawa prevalens penduduk Malaysia yang berumur 30 tahun ke atas telah meningkat dengan banyak sekali. Pada tahun 1996, peratus mereka yang mengalami obesiti adalah sebanyak 4.4% dan peratus ini telah naik kepada 14.1% pada 2006. Melihatkan kepada keadaan ini, seharusnya kita wajar merasa bimbang akan fenomena ini kerana kita sedia maklum, gejala ini akan menyebabkan kecenderungan seseorang untuk mendapat risiko penyakit kencing manis, jantung, darah tinggi dan masalah penyakit lain akan turut meningkat.
Namun begitu, sejauhmana masyarakat kita menyedari akan gejala ini yang sudahpun menjadi wabak perlulah difikir secara serius oleh segenap lapisan masyarakat. Saya juga turut ingin membawa kepada semua penduduk Malaysia terutamanya para ibubapa agar turut memantau tabiat makan anak-anak kerana permasalahan obesiti ini juga turut sama menyerang kelompok ini. Mengapa saya berkata ia perlu dirisaukan, kerana kelompok kanaka-kanak ini akan menjadi pewaris kepada masa depan negara. Anda semua perlu tahu, jika kelompok semuda kanak - kanak ini telah terperangkap dengan gejala obesiti sudah semestinya mereka juga akan turut sama untuk terdedah kepada penyakit kencing manis, jantung dan darah tinggi dengan kadar yang lebih awal. Bila ini berlaku, kita boleh bayangkan bagaimana keadaan masyarakat ini pada masa akan datang yang boleh merencatkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Oleh itu, fikirlah semua penduduk Malaysia yang cintakan kesihatan....!!!!!
Khamis, 30 April 2009
Langgan:
Ulasan (Atom)
