Jumaat, 8 Mei 2009

Strategi Alternatif Bagi Meningkatkan Taraf Kesihatan

Terdapat 2 kategori bagi membincangkan bab ini iaitu :
1. Pengawasan
Perkara dalam kategori ini adalah yang berkemungkinan haram, makruh, syubhah, mempunyai nilai khasiat yang rendah atau yang memudaratkan kesihatan
2. Pilihan
Perkara dalam kategori ini disusun mengikut sepertimana ajaran Islam, sains pemakanan dan dari kesihatan individu
Pengawasan
Pengguna diharpkan berhati - hati dan dicadangkan berhenti daripada menggunakan bahan - bahan berikut :
  1. Daging babi, minyak babi dan segala bentuk terbitan daripadanya (pork, lard, bacon dan ham)
  2. Lemak masak ( shortening) secara umumnya dan khususnya lemak masak dari binatang
  3. Pemanis tiruan seperti sakarin dan seumpamanya
  4. Minuman berlkohol
  5. Minuman tidak beralkohol ( Coca - cola dan minuman ringan berkarbonat dan semua jenis soda, sider dan seumpamanya)
  6. Pengawetkimia termasuk nitrit dan nitrat
  7. Bahan perwarna tiruan
  8. Ekstrak ( pati - pati) perisa tiruan
  9. Semua jenis bahan peransang
  10. Kapsul bergelatin dan bahan penyalutan bagi ubat - ubatan dan vitamin ( daripada binatang yang tidak zabihah)
  11. Air lembut atau agen pelembut air
  12. Barang makan yang diperhaluskan (refined)
  13. Sebarang makanan dari binatang, melainkan pengguna mengetahui sumber asalnya
  14. Semua jenis hormon termasuk hormon seks kewanitaan dan insulin dari babi
  15. Gliserida sama ada mono atau digliserida ( kecuali dari sayur - sayuran)
  16. Enzim termasuk renin (renet) dan pepsin yang berasal daripada babi
  17. Yis 'brewer' - sebab sumbernya berasal daripada terbitan dalam pembuatan bir (kecuali jika diproses)

Dalam catatan ini, saya hanya akan menyentuh dari segi PENGAWASAN sahaja. Bagi kategori PILIHAN ia akan dibincangkan di catatan lain