Khamis, 7 Mei 2009

Cabaranku semakin hebat di keningau

Pada malam ini, aku dan keluarga mengunjungi KFC. Tidak lain untuk memenuhi permintaan isteri di samping membawa anak - anak keluar berjalan - jalan. Di keningau ni jika aku tak pandai membawa diri, pehhhh boring.
Malam ini di KFC, aku rasa seperti di KL. Aku berkata demikian kerana suasana di dalamnya agak riuh dengan suara bangsa cina dan kadazan dusun. Suasana semakin terasa seperti di KL kerana KFCnya telah diubahsuai menjadi lebih moden dan lebih selesa berbanding KFC sebelum ini yang agak kusam dan hambar.

Apa yang menyeronokkan di KFC ini ialah ianya mempunyai kemudahan Wi Fi. Dengan kemudahan Wi Fi ini bolehlah aku menelusuri internet di samping membuat catatan di blog ini. Untuk perhatian semua yang tidak mengenali Keningau, Sabah, sehingga kini aku mengetahui bahawa kemudahan Wi Fi terdpat di KFC, Restoran Rahmat ( pemiliknya berbangsa Jawa dan sememangnya sebuah restoran yang tidak lekang dengan pelanggan dari pagi hinggalah ke malam) dan di sebuah restoran Bayangan Cafe ( Tempat tinggalku sekarang).

Apa yang merunsingkan diriku, pengunjung ke KCF di sini boleh tahan. Bila pengunjung ke KFC bertambah anda semua boleh bayangkan, risiko mereka ini untuk mengalami pertambahan berat amatlah tinggi) Bila ini berlaku, risiko untuk mereka ini terdedah kepada penyakit moden seperti darah tinggi, jantung, kencing manis serta gout juga akan meningkat. Bila penyakit - penyakit moden ini menjadi berleluasa, maka akan menjadi semakin berat tanggungjawabku untuk menyedarkan mereka bahawa KFC akan memerangkap diri ke lembah maut jika tidak diberi peringatan dan kawalan diri. Pengunjung KFC harus pandai memanfaatkan peluang, seperti aku yang dapat menggunakan kemudahan Wi Fi yang tidak berbayar itu bagi menerokai dunia blog dan internet.
Demkianlah catatanku buat sementara. Tunggu catatanku yang lain .....!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan