Isnin, 11 Mei 2009

APA ITU BIOTIN ?

Biotin adalah salah satu daripada vitamin B kompleks yang larut dalam air. Sifat biologinya, biotin terlibat dalam penetapan karbon dioksida dan dalam sintesis asid lemak dan purina.
Biotin mudah didapati dalam alam semesta. Daripada binatang ia boleh didapati dalam kuning telur, hati, ikan, daging otot dan susu. Dari tumbuh - tumbuhan pula ia didapati dalam kebanyakan buah - buahan, biji - bijian, bijirin, kekacang dan sayur - sayuran
Putih telur mentah mengandungi enzim avidin yang bertindakbalas dengan biotin apabila terdedah kepada oksigen di udara.Maka itu tidak digalakkan memakan telur mentah dan telur scrambled, kerana anda mungkin akan menghadapi tanda kekurangan biotin. Tanda kekurangan biotin ialah seperti dermatosis kering dan pecah - pecah, loya, letih lesu, sugul dan mengalami sakit otot atau saraf yang tidak menentu.
Telur yang direbus kulitnya dibuang atau yang separuh masak adalah cara yang baik untuk mengekalkan nilai kekhasiatan telur

1 ulasan:

  1. Terima kasih atas perkongsian tentang biotin ini.. ia sangat membantu saya dalam pembelajaran.. jemput lawat blog saya juga.. http://ibu-ayah-comel.blogspot.com :)

    BalasPadam